Pendam selagi mampu .
Posted on: Saturday, 15 November 2014 | 0 dopest talk(s)




Pendam dengan dendam itu tak sama . Jenis aku susah nak dendam dengan orang. Tapi kalau oran tu betul-betul buat sesuatu yang aku takkan lupa sampai mati, itu baru aku dendam . Ye memang, selama mana nak dendam dengan orang kan ? Entah, maybe suatu hari nanti kot baru aku bole maafkan orang yang aku dendam sampai harini . Siapa ? Biarlah Allah sahaja yang tahu . 

Pendam pula sesuatu yang kita simpan dalam hati dan tak mampu diluahkan dengan kata-kata hanya kerana ingin menjaga hati seseorang .Mungkin bukan aku seorang je yang sering pendam apa yang aku rasa tapi ramai yang kat luar sana lebih pilih untuk pendam daripada diluahkan . Ini kerana tak semua orang boleh faham apa yang kita luahkan . 

Pendam itu sakit sangat !! Tapi apakan daya jika hanya itu sahaja jalan dan pilihan yang aku ada . Mungkin Allah nak uji kesabaran aku . Bila aku terlalu pendam, aku mudah stress . Bila stress mula lah fikir macam-macam . Tapi kebiasaannya bila seseorang tu pendam, seseorang itu mudah menangis kerana hanya itu yang mampu beri kekuatan pada diri. Mungkin perempuan akan faham apa yang aku cakap ni tapi lelaki tidak . Kerana perempuan dan lelaki itu tidak sama . 

Biarlah aku pendam selagi aku mampu bertahan . Mungkin ini cara yang terbaik daripada aku luahkan then orang tak faham. Itu lagi sakit hati !! Bila sampai satu tahap aku dah tak mampu nak pendam, aku akan mengalah untuk teruskan apa yang aku buat sekarang . 

Tapi pendam yang paling sakit adalah pendam disaat kita rindukan seseorang . Kita rindukan seseorang tapi tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata . Kita ingin dia berada dengan kita even sekejap tapi sakit hati yang kita dapat . Dengan cara menangis je aku mampu lepaskan semuanya . Biar tak ada yang nampak aku menangis kerana itu lebih baik . Sakit sangat bila kita terpaksa senyum dan pura-pura happy sedangkan hati sedang menangis . 

Terasa nak jerit sekuat hati supaya lepas sedikit rasa ini . Ingin diluahkan tetapi tak ada yang sudi dengar dan mungkin orang susah nak faham . Menangis sebeblum tidur mengenangkan semua yang jadi itu lebih baik daripada menangis di hadapan orang yang konon hanya nak minta simpati . Ye mungkin hari ini orang tak faham apa yang aku kata dan tak faham kenapa aku lakukan semua perkara yang aku buat hari ini. Tapi aku yakin, satu hari anti bila dah terhantuk, baru akan ada yang faham kenapa aku jadi macam ni . 

Letih ? Tipu lah kalau aku cakap aku tak letih dengan semua ni tapi aku masih lagi bangun untuk emncuba dan terus mencuba hingga berjaya satu hari nanti . In Shaa Allah ! 

Aku dah tak mampu nak paksa-paksa macam dulu . Aku lebih pilih untuk berdiam . Ye maybe !! 

Serahkan pada Allah, In Shaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar . Amin . 




Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER