Kemana hilangnya cinta !!
Posted on: Monday, 10 November 2014 | 0 dopest talk(s)




Makin lama kita mengenali seseorang tu makin banyak lah dugaan yang datang . Tapi persoalannya mampu ke aku lalui semua ni ?? Bukan nak cakap yang aku lemah cuma terlalu letih dengan permainan dunia ni . Kadang aku tertanya, teruk sangat ke aku sehingga disakiti macam ni ? 

Ye mungkin aku harus berdikari sendiri seperti dulu. Hidup macam dulu tak pernah aku nak susahkan orang lain . Semuanya aku buat sendiri . Tapi kenapa sekarang aku lemah ? Lemah dengan seorang lelaki yang aku sayang ? Ya Allah apa semua ni ? Kau kuatkan lah aku ! Kau bagi lah kesabaran ! 

Kenapa dulu dia seorang yang caring hingga aku pernah merasakan yang aku paling beruntung kerana rasa diri dihargai . Hari demi hari aku rasakan ada perubahan dari segi layanan dia. Tapi aku cuba berfikir positive. Menelan semua ynag menyakitkan. Belajar tersenyum disaat hati sedih. Tapi sampai bila ? Perit tahu tak ? Ye memang orang susah nak faham aku . 

Aku cuba untuk lalui semua ni sendiri. Kalau dulu aku ada seseorang yang sentiasa ada dengan aku disaat aku di uji. Tapi sekrang aku sendiri. Ye aku sendiri tanpa dia disisi. Mungkin dia busy . Ye dia busy !! 

Letih menangis setiap hari . Managis bukan bererti lemah tapi mencari kekuatan untuk terus melangkah . Kadang aku tertanya, layak ke aku bersama dia ? Memang susah nak di ungkap dengan kata-kata apa ynag aku rase sekarang ni . Hanya Allah je yang tahu ape yang aku rase . Kadang kesakitan yang kita rasa tak mampu diungkap dengan kata-kata tetapi hanya mampu diungkap dengan air mata . 

Jangan tanya kenapa aku lebih pendiam . Kerana ini sifat asal aku . Mendiamkan semua yang terjadi keatas aku. Ye mungkin itu yang lebih baik  Dengan harapan satu hari akan ada orang yang faham apa yang aku rasa sekarang . Aku tak kuat Ya Allah !!!!!


Ya Allah, sampaikan lah salam rindu pada insan ini kerana kau tak mampu mengungkapkan kepadanya kerana aku tak kuat !! :.(

Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER