Posted on: Friday, 25 July 2014 | 0 dopest talk(s)
Pengalaman banyak mengajar aku tentang apa yang jadi. Aku sedar semuanya tapi malangnya aku tak mampu nak buktikan yang aku faham dengan apa yang jadi. Kerana SAYANG aku mencuba pelbagai perkara. Namun, selepas apa yang jadi, membuat aku sedar satu perkara. Kalau dulu aku sangat TERLALU dalam mencintai dirinya. Akan tetapi, aku akan cuba untuk mencintainya dengan sederhana.
Masih banyak yang aku perlu belajar dalam usia aku begini. Matang ?? Ye aku akui aku masih belum matang dalam segala hal. Tapi sedang cuba untuk lebih matang dalam hidup aku. Aku sedar yang walau apa pun, aku tak kan dapat kebahagiaan seperti beberapa bulan lepas. Ayat " saya tak boleh nak manjakan awak macam dulu " memang sangat sakit untuk aku dengar. Ye aku akui memang sentap. Tapi mungkin ada kebaikkan. Agak sedih juga kerana tak boleh nak macam dulu. kau tak kan faham sayang apa yang aku rasa. Sebab aku sendiri tak tahu cara macam mana nak bagi tahu supaya kau betul-betul faham.
Semuanya sendiri sekarang ni. Maaf kalau perangai aku terlalu manja tapi ini lah diri aku. Kadang aku stalk facebook kau sayang. Aku tengok gambar-gambar kau. Tapi malangnya aku tak mampu nak tengok gambar kau lama-lama. Kau tahu kenapa sayang ? Sebab aku cemburu. Cemburu tengok gambar perempuan lain dalam facebook kau sedangkan gambar aku satu pon kau tak letak. Actually aku tak kesah sangat sebab macam budak-budak lak nak kecoh pasal gambar or pasal facebook. Tapi kau tahu tak hati aku sakit sangat bila tengok gambar DIA dalam facebook kau sayang ?? Andai aku suruh kau delete semua gambar dia, adakah kau boleh melakukannya demi aku wahai sayang ku ?? Hurmm :'( :'(
Aku tak boleh tipu diri aku sendiri yang aku cemburu walaupun dah banyak kali kau terangkan kat aku. Aku seorang perempuan sayang. Aku tak suka tengok gambar dia dalam facebook kau. Tapi ada ke kekuatan untuk aku cakap semua ni dekat kau ?? Aku takut sayang. Aku takut kau salah faham kenapa aku tak suka gambar dia ada. Sebab tu aku berdiam walaupun aku sakit hati sesangat bila tengok. Aku tak mampu nak cakap dekat kau semua ni. Tapi aku harap kalau kau baca apa yang aku tulis ni, aku berharap sangat yang kau faham apa yang aku rasa. Aku sayangkan kau.
Kuat ke aku nak lalui semua ni. Kuat ke aku nak hadap semua ni ?? Boleh ke aku terima keadaan yang baru semua ni ?? Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni.



xoxo
About the site
Tutorial
Random
Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.
OWNER
Status
Post
Credits