Posted on: Thursday, 8 May 2014 | 0 dopest talk(s)
Mungkin seawal usia ku 19 tahun ini aku masih belum mengenali dunia sepenuhnya. Tapi aku cukup mengenali dunia " REMAJA " yang sering diperkatakan. Dunia kebebasan dimana setiap insan bergelar " REMAJA " ingin kecapi . Tapi aku, aku cukup mengenal dunia " Remaja " itu seawal aku berumur 17 tahun . Mengenali dunia remaja yang mengerikan dengan cara memerhati keadaan sekeliling aku . Hal ini membuka mata aku untuk sedar yang dunia ini luas dan bukan setakat ini sahaja kemuncak kehidupan . Mengenali insan-insan diluar sana sewaktu aku berumur 17 tahun itu banyak memberikan aku pengajaran. Pengajaran yang membuat aku sedar hari ini .
Selama setahun lebih aku mendalami apa itu dunia kebebasan. Sebagai seorang perempuan, aku tahu seharusnya aku tidak harus terjebak dengan dunia kebebasan ini. Pelbagai pengalaman yang membuka minda aku. Alhamdulillah, aku sedar semua ni sebelum terlambat dan sebelum aku pergi lagi jauh dalam dunia itu . Hati ini terdetik untuk berubah. Tapi sebagai manusia yang lemah, semestinya aku memerlukan seseorang untuk guide aku supaya aku berjaya satu hari nanti . Hari demi hari aku tertanya dan mencari jawapan. Siapakah dan dalam bentuk apa kah Allah akan kirimkan aku sesuatu yang akan "guide" aku . Sedih, kecewa aku lalui. Jatuh dan bangun sendiri kerana aku sememangnya sendiri . Tiada yang memahami.
Satu hari, Allah kirimkan berita gembira setelah puas berdoa agar DIA buka kan jalan yang terbaik untuk aku . Alhamdulillah, tawaran ke Politeknik adalah jawapan untuk segala doa aku setiap hari. Tapi saat itu aki masih tertanya kepada diri sendiri, adakah ini jalan yang terbaik. Adakah ini jalan yang aku pilih untuk masa depan aku . Akhirya, dengan yakin aku terima semua ni . Matlamat aku sewaktu melangkah keluar dari rumah pada saat hari pendaftaran itu adalah, aku ingin berubah dan aku ingin yang terbaik untuk family aku.
Setiba di kamsis dimana disitu lah tempat pendaftaran. Dengan yakin aku melangkah dan tanamkan azam saat kaki aku jejak disana. Meski itu jalan yang aku pilih, akan tetapi hati ini tidak tenang. Kepada Allah tempat aku mengadu. Meminta pertolongan dari-Nya. Setelah beberapa hari disana, Allah mengurniakan aku seorang insan yang cukup sempurna dimata aku . Tiada kekurangan pada dirinya. Memang setiap manusia itu mempunyai kekurangan. Tapi dimata aku, dia cukup sempurna. Aku mengenali hatinya hari demi hari . Kata-kata nasihat dan semangat darinya amat membantu aku . Dia seorang teman dan juga seorang guru yang baik.
Insan ini telah membuat hati aku mula ingin mengenali dia dengan lebih dalam . Meski hati ini tahu yang diri aku tidak sesempurna mana. Saat perasaan sayang itu timbul, aku mula resah kerana takut seandainya aku meluahkan, aku akan kehilangan dia . Pendam perasaan sayang kita dekat seseorang itu amatlah sakit. Pernah terlintas difikiran aku ingin menjauhi dirinya kerana takut dia tidak menerima diri ini. Tapi setiap kali melihat dia senyum, ada sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia . Apakah ??
Aku mula meminta pendapat serta nasihat daripada rakan perempuan aku. Satu soalan yang meraka tanya, Adakah aku mencintai dia ?? Aku kaku untuk menjawab. Kerana aku masih dalam proses untuk memperbaikki diri. Tetapi dalam masa yang sama diri ini mencintai dia. Akhirnya aku akui yang aku menyayangi serta mencintai dia. Hari demi hari hati aku tenang dan aku tahu aku harus melakukan sesuatu.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk berterus terang. Berterus terang kepada insan ini yang aku menyayangi dia. Dengan lafas Bismillah, aku luahkan segalanya dekat dia. Aku hanya berserah pada Allah . Alhamdulillah, dia menerima aku seadanya . Aku rasa seperti aku lah insan yang bertuah kerana memiliki insan seperti dia. Aku yakin, dia mampu membimbing aku untuk jadi lebih baik .
Alahmdulillah, hari demi hari hubungan kami semakin jauh perjalanan dan semakin dalam cinta ini untuknya. Aku cukup bahagia disisi dia. Terasa diri ini dilindungi . Tapi aku sedar, kebahagiaan tak akan datang dengan mudah. Pelbagai dugaan dan ujian yang harus dilalui. Aku yakin, selagi dia ada disisi aku, in shaa allah aku kuat lalui semua ini. 3 perkataan yang dia sering sebut adalah Kepercayaan, Kejujuran dan Kesetiaan . Dan 3 perkataan itu juga membuat aku lebih kuat untuk hadapi segala dugaan berat yang datang. Allah itu Maha Adil. Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah jauh lebih baik . Redha lah setiap dugaan yang diberi untuk kita sebagai hambaNYA.
Insan itu diberi nama, Muhammad Adib Bin Yusoff. Seorang yang penyabar dalam melayani kerenah aku dan kedegilan aku . Dia seorang guru, seorang sahabat, seorang teman, dan seorang yang aku cintai . Kata-kata nasihat dan semangatnya aku sangat hargai . Terima kasih Ya Allah kerana engkau kurnia kan insan sepertinya untuk aku . Peliharalah kami hingga ke Jannah. In Shaa Allah dengan Izin-Nya.
Sayang, bukan kebebasan yang Nufa minta. Cukup la sayang ada disisi Nufa setiap detik . Cukup lah sayang setia dengan Nufa. Mencintai Nufa dan terima diri Nufa seadanya. Terima Kasih sayang kerana hadir dalam hidup Nufa dan membawa sinar kebahagiaan . Nufa mencintai dan menyayangi sayang. Nufa sentiasa ada untuk sayang. Berdoa lah agar hubungan ini kekal dan diredhai . In Shaa Allah.
IloveYou sayang ku Muhammad Adib Bin Yusoff
Nufa amat merindui diri sayang. Merindui senyuman sayang.
I MISS YOU



xoxo
About the site
Tutorial
Random
Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.
OWNER
Status
Post
Credits