Rindunya dekat ADIB :'(
Posted on: Monday, 26 May 2014 | 0 dopest talk(s)



Tiada manusia yang sempurna. Tapi adil ke aku dihukum kerana kedegilan aku ?? Setiap apa yang aku lontarkan dikata aku menjawab. What should I do ? Sebulan menanggung derita. Kelihatan aku senyum bukan bererti aku happy. Dikala sendiri, aku selalu duduk depan cermin. Tanya diri sendiri. Adakah aku hina sehingga diperlakukan seperti ini ? Adil ke bagi aku semua ni ? Sehingga tiada yang baik dalam diri ini bila sering kali dipersalahkan . Tiada tempat mengadu dikala setiap malam menangis kerana mengenangkan semua yang jadi. Hanya kepada Allah tempat aku mengadu semuanya. Luahkan segalanya dan memohon agar ada jalan penyelesaian untuk semua ni. 

Mungkin betul. Kerana sikap aku macam ni orang yang aku sayang dulu tinggalkan aku . Tapi perlu ke aku hilang lagi sekali orang yang kini aku sayang. ? Hati tak tertanggung rasanya sekarang. Berat sangat semua ni. Terasa diri ni hina dipandangan manusia. Ya Allah, aku rindukan dia sangat. Berilah aku kekuatan untuk lalui semua ni. Ibu ajar aku untuk memaafkan orang lain walau seteruk apa orang tu buat kita kerana ibu cakap kita bukan Allah. Kita tiada hak untuk menghukum. 

Dahulu aku bukan seorang yang sering kali menangis . Malah aku segan untuk menangis kerana aku nak jadi seorang yang kuat dan tabah seperti ibu. Tapi sejak aku tahu apa itu sayang dan cinta aku mula kalah dengan diri sendiri. Kalah disaat hati terluka. IS pernah bagi tahu aku yang dia anggap hati aku macam kata yang dia tak kan biarkan kaca itu calar mahupun hancur berkecai . Tapi dia sendiri juga yang hancurkan segalanya bila dia khianati aku dengan ada hubungan dengan wanita lain. Disaat aku beri pilihan sama ada aku mahupon wanita itu, dia kata dia sayangkan wanita itu dan dia juga tak sanggop lepaskan aku. Dengan kekuatan diri aku undur diri demi kebahagiaan dia. Mulai saat tu aku benci dengan nama seornag lelaki . Dan aku benci dengan perkataan sayang dan cinta.

Mulai saat tu juga aku belajar hidup sendiri diluar. Mencari punca sesebuah hubungan rosak. Aku berkawan dengan bermacam ragam manusia. Yang ada pasangan dirumah yang setia tetapi tetap mencari " spare part " diluar. Mungkin ini yang dilakukan oleh IS disaat aku mempercayainya 100% dahulu. Disaat aku sedar, aku cuba menjauhkan diri daripada berkawan dengan manusia seperti itu lagi. Aku cuba mencari seseorang yang sanggup mengubah aku untuk jadi lebih baik. Alhamdulillah Allah mengurniakan insan yang sempurna dimata aku . Sejak hadirnya dia, hidup aku segalanya berubah. Demi Allah aku happy sangat dengan dia.

Akan tetapi, kenapa kenapa sekrang semuanya tak macam dulu lagi . Kerana sikap aku dia berubah. Hina sangat ke aku hingga aku dilayan seperti orang asing baginya. Terlalu teruk ke aku hingga kelihatan hina dimatanya ?? Aku hilang kasih sayang darinya. Aku sangat merinduinya Ya ALLAH. Rindu nak dengar dia gelak. Rindu nak tengok dia senyum . Rindu nak dengar dia panggil aku SAYANG dengan kelembutan. Rindu nak tengok muka dia. Rindu segalanya tentang dia. Ya ALLAH, andai ini takdir hidup aku yang engkau tetapkan untuk aku, aku terima. Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menjalani semua ni. 




Ya Allah, aku sangat merindui insan ini. Rindu yang teramat. Still LoveYou Sayang. 




Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER