Luluhnya Hati Ini Ya ALLAH :'(
Posted on: Wednesday, 28 May 2014 | 0 dopest talk(s)



Ramai orang cakap ALLAH uji kerana ALLAH sayang. Ya ALLAH, hari ini sekali lagi kau uji aku. Ujian yang berat harus aku lalui. Namun aku yakin semua ini pasti ada hikmahnya. Aku hanya seorang insan yang cuba tabah dalam menjalani ujian. Kerana aku sedar, saat aku susah, tiada yang menolong aku. Aku cuba belajar untuk bedikari walaupon orang lain nampak aku seorang yang tak matang dan mengada-ngada. Disebalik semua ni tahu kah yang aku menanggung sesuatu yang berat. Menanggung masa lalu yang berat untuk aku pikul dan jadikan sebagai pembakar semangat. 

Orang nampak aku seorang yang selamber. Seorang yang degil dan kuat melawan tapi disebalik semua ni, adakah orang tahu ape yang aku tanggung ?? Tapi hari demi hari aku melangkah meninggalkan segalanya dan mencari diri aku kembali. Diri aku dulu seorang yang tabah dan kuat dalam apa jua ujian yang datang. Tapi makin hari aku lemah. Kerana makin banyak dugaan yang datang. Mampukah aku jalani semua ni sendiri dan hanya ALLAH yang aku ada. 

Aku cuma inginkan seorang pendamping yang support aku dari belakang dan ada saat aku jatuh. Makin hari insan ini makin menjauh dan meninggalkan aku sendiri menanggung derita yang aku tanggung. Tak perlu tahu masalah aku tapi cukup la ada dengan aku. Hanya kepada ALLAH tampat aku mengadu. Mungkin nampak teguh pada luaran tapi tak siapa yang tahu yang hati ini menanggung sesuatu yang berat. Andai ini takdir yang ALLAH tetapkan untuk aku, aku terima walaupon aku tahu yang hati ini lemah dan sengsara. 

Bukan mudah menjadi yang sempurna dimata orang tambahan pula diri kita seorang yang tidak sempurna. Tapi kila belajar untuk menjadi seorang yang sempurna. Usaha yang kita buat disalah erti. Hati ini ALLAH je yang tahu betapa sakitnya menanggung semua ni. Amat lah susah untuk berada dalam hati seorang yang pernah mencintai wanita lain sepenuh hati dia. Kerana kita mungkin tidak sesempurna wanita itu. Kita mungkin tak mampu buat dia bahagia seperti wanita itu. Tapi sekurangnya kita berusaha untuk membuat dia bahagia dan andai aku gagal aku minta maaf. 



Kini hati aku hancur disaat orang yang kita cinta sering menipu kita. Mampukah aku tersenyum saat semua ni jadi. Mengapa hati ini kuat mengatakan yang diri ini tiada dalam hatinya kecuali wanita itu. Kenyataan apa ini yang aku harus terima YA ALLAH. Hati ini tidak seteguh mana tetapi aku mohon kau tabahkan lah aku menjalani ujianMU ini Ya ALLAH. Sekali lagi aku harus bangon disaat hati disakiti dan kekecewaan yang akan menjadi semangat aku suatu hari nanti. Apa lah erti cinta jika tiada kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan . 

Macam suatu mimpi ngeri. Aku tak sangka semua ni terjadi. Insan yang dulu aku agungkan kini menghancurkan segala hati ini. Menghancurkan kepercayaan yang 100% aku beri kepadanya. Aku memang bukan insan yang sempurna tetapi aku berusaha untuk membahagiakan orang yang aku sayang dan cinta. Tapi hari ini membuka mata aku yang aku gagal membahagiakan orang yang aku cinta. Ye AKU GAGAL !!! Kini air mata peneman dikala sunyi. Kenangan manis sering silih berganti di fikiran. Hanya gambar tempat melepaskan segala rindu dihati ini. Adakah aku masih diberi peluang untuk melihatnya senyum dan gembira bersama aku . Mampukah aku menyentuh hatinya kembali ?? Hanya ALLAH tempat segalanya aku berserah. 

Ya ALLAH, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ujian mu ini . Kau tunjukkanlah jalan keluar dari segala masalah ini Ya Allah. Sesungguh aku dah tak sanggup menanggung derita ini. Kau tunjukkanlah kebenarannya padaku . Sesungguhnya padaMU aku berserah. Aminnnn. 



Tiada yang memahami. Justeru disini aku meluahkan segalanya. Allah Hu Rabbi. 


Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER