Sayang, Nufa rindu sayang sesangat :'(
Posted on: Saturday, 26 April 2014 | 0 dopest talk(s)





Dalam setiap hubungan, akan ada dugaan dan dugaan itulah menjadi ujian supaya kita akan terus tabah dalam sesuatu hubungan.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Ya Allah sayang, Nufa amat merindui sayang . Kenapa keadaan jadi macam ni ?? Ya Allah, kenapa begitu berat semua ni . Mampukah aku laluinya sendiri ?? Diri ini seolah kehilangan dia ?? Dan aku rasa kehilangan sekarang. Kehilangan awak sayang . Kembali lah sayang. Tak tertanggung semua ni tahu tak sayang . Nufa kesunyian tanpa sayang. Nufa keseorangan. Nufa perlukan sayang . 

Sayang kembali lah macam dulu . Nufa rindukan kita yang dulu. Sayang seolah tak kesah tanpa Nufa. Nufa lemah tanpa sayang. Hari Nufa seolah kosong tanpa kehadiran sayang . Nufa dah tak mampu nak nanges lagi sayang. Sampai bila nak macam ni sayang ?? Nufa nak sayang. Nufa terlalu rindukan sayang. Sehinggakan setiap hari Nufa tidur Nufa termimpikan sayang kerana Nufa terlalu merindui sayang. Sumpah demi Allah Nufa tak tipu. Sayang, Nufa rindukan suara sayang yang manja. I really need you. 

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan…

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.



Sayang kembali lah macam dulu sayang. Nufa amat merindui sayang. Nufa betul-betul perlukan sayang. Sampai bila nak macam ni sayang ?? Nufa terlalu sedih tengok kita macam ni. Nufa rasa kekosongan dan kehilangan. Kehilangan orang yang sangat Nufa cinta. I Love You Sayang. Nufa tunggu sayang kembali macam dulu . I Really Need You my dear. :'(   :'(   :'(



Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER