Nufa nak sayang Nufa balik !!!!
Posted on: Monday, 21 April 2014 | 0 dopest talk(s)



“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Hari Nufa seolah kosong tanpa sayang. Ye sayang memang ada tapi sayang seolah jauh dari Nufa . Dah lama Nufa tak dengar sayang panggil Nufa dengan manja. Dah lama Nufa tak dengar sayang gelak ikhlas dengan Nufa. Dah lama Nifa tak bergurau dengan sayang . Kenapa boleh jadi macam ni sayang ?? Kerana sikap Nufa sayang sanggop berubah dan biarkan Nufa sendirian setiap hari ?? Sayang tahu kan Nufa perlukan sayang dalam hari Nufa . 

Perlu ke sayang buat macam ni ?? Sampaikah hati sayang tengok Nufa menangis kerana terlalu rindukan sayang ?? Tergamakkah sayang tengok Nufa merindui sayang sedangkan Nufa tak mampu lepaskan ?? Hidup Nufa sunyi sangat sayang. Rasa tak tertanggung semua ni . Kerana sikap Nufa yang degil sayang sanggup buat macam ni ?? Macam mana Nufa nak lalui hari Nufa tanpa sayang ?? Dulu Nufa bangun pagi Nufa tersenyum sebab baca text dari sayang. Tapi sekarang Nufa bangun perkara pertama sekali Nufa buat bila bangun ialah tengok text sayang. Nufa menangis sebab text terakhir kita setiap malam berakhir dengan pergaduhan . 

Nufa rindu sangat dekat sayang . Nufa rindu dekat sayang yang manja dengan Nufa dulu . Nufa rindu nak tengok sayang senyum untuk Nufa . Nufa rindu sayang yang ambil berat dekat Nufa. Nufa rindu dekat sayang yang selalu teman Nufa dikala Nufa sunyi . Nufa rasa macam nak je pelok sayang then nanges puas-puas sebab Nufa terlalu rindukan sayang. Nufa nak sayang Nufa balik !! Nufa nak sayang yang dulu kembali . Dah tak larat nak menangis kerana terlalu rindukan sayang yang dulu . Nufa sendiri sekarang. Nufa sedih sendiri. Nufa tersenyum sendiri. Tanpa sayang disisi Nufa . Sayang ada tapi tak de dengan Nufa. Setiap masa Nufa fikirkan sayang. Bila Nufa fikirkan sayang, Nufa akan tengok gambar sayang. Then Nufa akan nanges sebab Nufa hanya mampu tengok gambar tetapi tak dapat tengok sayang depan-depan . Tengok sayang senyum dalam membuat Nufa makin rindu dekat sayang. Nufa nak sayang !!! 

Mampukah Nufa luahkan semua ni dekat sayang sedangkan setiap kali call sayang terlalu serius dan marahkan Nufa untuk banyak perkara. Nufa nanges bukan sebab Nufa lemah. Tapi Nufa mencari kekuatan dalam diri Nufa setiap kali Nufa dengar suara sayang yang serius tu . Kerana Adib yang Nufa kenal mula-mula dulu mempunyai kelembutan dalam percakapan . Nufa rasa keseorangan sekarang tanpa sayang disisi Nufa. Nufa sunyi tapi Nufa takut nak text sayang kerana Nufa nak elakkan dari berlakunya pergaduhan . Sakitnya menanggung rindu wahai sayang ku . Betapa seksanya hati ni kerana merindui sayang. Setiap apa yang Nufa buat, fikiran Nufa terfikirkan sayang sahaja !!

Nufa sering berdoa supaya Allah beri Nufa kekuatan dalam ujian dan dugaan yang kita lalui ni sayang. Nufa sentiasa berdoa supaya Allah kembalikan sayang yang dulu. Nufa hanya mampu luahkan dekat Allah yang Nufa betapa rindunya dekat sayang. Ketahuilah sayang, Nufa menangis bukan kerana Nufa lemah. Tapi Nufa mencari kekuatan dalam diri Nufa untuk menjalani ujian yang Allah bagi dekat Nufa ni . Berat sangat sayang apa yang Nufa lalui sekarang ni . Nufa lalui hari tanpa orang yang Nufa sayang . Hurmmm :'( . 

Berdoa lah sayang semoga segala masalah ni cepat selesai. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaian untuk masalah ni . Ketahuilah sayang yang Nufa terlalu rindukan sayang yang dulu . Nufa menyintai sayang seorang. 


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.





Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER