Posted on: Thursday, 3 April 2014 | 0 dopest talk(s)
Setiap manusia mempunyai kekurangan masing-masing. Tapi Allah Maha Adil. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Cuma manusia lebih nampak keburukan berbanding kelebihan. Allah uji kita kerana Allah sayangkan kita. Allah tahu kemampuan diri kita. Allah takkan uji sesuatu perkara yang melebihi kemampuan diri kita sendiri .
Tapi aku ?? Aku jenis yang cepat gelabah bila sesuatu terjadi. Aku mungkin boleh kuat. Tapi selama mana aku harus kuat jika setiap hari kita mengharapkan sesuatu yang indah tapi takdir mengatakan sebaliknya. Aku cuba belajar untuk menerima takdir diri aku. Takdir yang Allah tetapkan untuk aku. Aku cuba untuk bangun hari demi hari dengan ujian yang mungkin tersangat lah berat untuk aku. Setiap pagi aku cuba untuk senyum dan berharap hari itu lebih indah berbanding hari sebelumnya. Namun siapa sangka, sekali lagi Allah menguji. Aku belajar untuk lebih kuat sebab aku tahu tak mudah nak meraih kebahagiaan.
Tapi kenapa makin hari masalah makin rumit ?? Di mana silap aku ?? What should I do ?? Persoalan yang sering bermain di fikiran aku. Adakah aku gagal jadi yang terbaik ?? Hurmm. Aku menangis bukan untuk meminta simpati. Tapi aku tak mampu nak gambarkan apa yang aku rasa . Hanya dengan air mata segalanya terungkap. Hari demi hari aku cuba perbaikki kelemahan diri aku. Ketahuilah bukan mudah untuk kita berubah jadi lebih baik. Banyak dugaan yang harus kita tempuh . Persoalannya, adakah aku kuat dan aku mampu harungi semua ni ??
Sejak akhir ni kenapa awak lain sangat sayang. ?? Nufa terlalu rindukan sayang yang dulu. Kenapa makin hari, makin awak serious dalam percakapan awak ?? Sayang, besar sangat ke salah Nufa ?? Teruk sangat ke Nufa ni ?? Sayang tahu tak setiap hari Nufa cuba yang terbaik ?? Nufa tertanya, adakah diri Nufa menyusahkan sayang ?? Adakah diri Nufa membebankan sayang ?? Sayang, Nufa terlalu rindukan sayang. Nufa nak sayang yang dulu. Nufa rindu nak dengar sayang gelak . Nufa rindu nak tengok sayang senyum. Mungkin Allah nak menguji kita. Nufa belajar untuk kuat demi sayang. Kerana sayang semangat baru dalam hidup Nufa. Setiap hari Nufa call , Nufa mengharapkan sesuatu yang lain. Nufa mengharapkan kita macam dulu. Tapi sebaliknya yang jadi. Nufa tak pernah jemu call sayang hari-hari sebab Nufa menghrapkan yang bila Nufa call, Nufa nak kita jadi macam dulu. Tapi Nufa silap. Nufa call hanya menyakitkan hati sayang. Nufa minta maaf sesangat sayang. Maaf yang tak terucap dari hujung rambut sampai hujung kaki. Andai Nufa tak sempat nak bahagiakan sayang, Nufa nak sayang ingat yang Nufa sentiasa sayang dan merindui sayang. Harapan terbesar Nufa sekarang adalah menghrapkan kita yang dulu kembali. Hurmmm :'(
Ya Allah, aku tersangat rindukan dia. Hurmmmm :'(



xoxo
About the site
Tutorial
Random
Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.
OWNER
Status
Post
Credits