Posted on: Saturday, 19 April 2014 | 0 dopest talk(s)
Wanita adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Selembut-lembut hati seorang wanita, sifat ketabahan & kesabaran seorang wanita melangkaui sifat ketabahan & kesabaran yang ada pada seorang lelaki. Ianya memang diakui oleh saya sendiri. Kadangkala, apa yang tidak mampu dilakukan oleh soerang lelaki, mampu dilakukan oleh seorang wanita dengan baik sekali. Namun kelembutan wanita ada hadnya. Sesekali hati wanita yang lembut itu boleh terguris sama ada lelaki sedar atau tidak.
Perkara yang remeh ini seringkali diabaikan oleh lelaki yang beranggapan wanita adalah hakmilik sepenuhnya apabila ucapan " Aku terima nikahnya, si polan binti si polan dengan mas kahwinnya...". Namun kita silap. Setiap wanita memiliki naluri ingin disayangi, ingin dibelai dan dihargai. Ikatan yang dibina adalah impian terhebat seorang wanita. Hakikatnya, setiap langkah manusia tidak mungkin terlalu sempurna. Pasti ada ketika hati wanita yang kita miliki, telah diguris oleh kita sendiri.
Bagaimana ingin mengenali hati seorang wanita yang telah terluka sedangkan wanita itu mungkin memendam perasaannya sendiri. Pelbagai kaedah yang mungkin kita cuba untuk mengetahui apa yang tersirat, apa yang terpendam di dalam hati seorang wanita. Bagi seorang lelaki yang mempunyai perasaan sayang kepada teman wanita atau isteri mungkin menyedari akan kesilapannya dan akan cuba memperbaiki setiap kesilapan yang telah dilakukan.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, wanita bersifat lembut maka dengan sendirinya wanita itu bersifat memaafkan. Jadi lelaki usah takut untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf. Dengan itu, sedikit sebanyak hati yang terguris boleh dipulihkan dengan hanya melalui permohonan maaf.
Bagi seorang lelaki yang tidak mempunyai perasaan atau tidak mengendahkan langsung hati seorang wanita, tips ini tidak akan berguna. Bagi seorang lelaki yang ingin memenangi hati seorang wanita, cuba tips dibawah untuk kita lebih memahami pasangan dan memperbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan.
1) Kenali perubahan perilaku pasangan. - cuba perhatikan apa yang biasa dilakukan dan apa yang tidak biasa dilakukan oleh pasangan kita. Semakin lama kita bersama, pasti semakin kita mengenali setiap perbuatannya.
2) Kenalpasti layanan pasangan anda - seorang wanita yang telah terguris hatinya, pasti mendatangkan "mood" yang tidak menyenangkan bagi seorang lelaki. Seringkali kita fikir, ianya mungkin disebabkan oleh "datang bulan". Namun cuba siasat adakah ianya disebabkan oleh "period" atau sebaliknya.
3) Cuba berkomunikasi dengan baik - ajak pasangan anda berbual dan berkomunikasilah dengan ucapan yang ringkas dan sederhana. Usah menengking di awal perbualan dengan mengatakan "Kenapa dengan kamu ini?", "Ada apa-apa yang tidak kena?". Mulalah dengan ucapan " Sayang sihat?", "Awak, saya rindu nak bercakap dengan awak".
4) Mengaku silap walaupun tidak melakukannya - Perkara yang paling diinginkan oleh setiap pasangan adalah mendengar pasangannya mengatakan "saya minta maaf sekiranya saya silap", "saya mengakui mengguriskan hati awak". Ayat berikut mampu membuka langkah seterusnya bagi mengetahui apa sebenarnya yang telah mengguris hati pasangan kita.
5) Perbetulkan apa yang salah - Jangan paksa pasangan anda untuk mengatakan sebab hatinya terluka. Beri ruang kepada pasangan untuk menjelaskan apa yang tersirat dihatinya. Jika dipaksa anda mungkin mendatangkan kesulitan bagi mencari punca setiap permasalahan yang berlaku.
6) Puji pasangan anda - Tips yang amat berkesan adalah dengan ucapan yang amat disukai oleh pasangan anda. Tapi tidak perlu berlebih-lebih supaya tidak mendatangkan jelik kepada setiap pujian anda. katakan "Awak nampak menarik hari ini", "Awak nampak berseri", "Terima kasih atas masakan awak yang sedap ini" boleh mendatangkan suasana yang baik untuk mengatur ayat seterusnya.
Hubungan yang baik menjamin kesejahteraan dan kekuatan sebuah ikatan agar diredhai oleh Allah S.W.T.
Banyak lagi tips yang boleh kita gunakan untuk menguasai setiap pasangan anda bagi membongkar apa yang terbuku dan tersirat di dalam hatinya. Apa yang disenaraikan disini hanyalah secebis panduan yang boleh diikuti. Setiap lelaki perlu belajar bagaimana untuk meningkatkan kualiti hubungan dan memperbaiki setiap kelemahan diri bagi menjamin hubungan yang erat berterusan berkekalan.
Hargai orang yg menghargaimu. Mungkin kamu tak tahu, dia orang yang selalu berusaha buatmu tersenyum walaupun kamu sering buat dia menangis.
YA ALLAH, jika suatu saat aku kehilangan tujuan dan harapan, berikanlah kepadaku keyakinan bahawa takdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan impikan.
Pertolongan ALLAH itu mungkin tidak datang terlalu CEPAT dan mungkin juga tidak datang terlalu LAMBAT . Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang TEPAT .
Air mata kadangkala lebih istimewa daripada senyuman kerana senyuman boleh diberikan kepada sesiapa sahaja.. tapi tangisan hanya dititiskan untuk orang yang tersayang..maka HARGAILAH mereka yg menitiskan air mata untukmu...
LELAKI KENA TAHU
::seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya:






xoxo
About the site
Tutorial
Random
Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.
OWNER
Status
Post
Credits