Kawan ?? Adakah aku syok sendiri ??
Posted on: Tuesday, 24 December 2013 | 0 dopest talk(s)


Assalamualaikum,


Pernah tak rasa cinta bertepuk sebelah tangan ?? Macam kita suka dekat someone tu senyap-senyap tapi dia langsung tak nampak yang kita suka kan dia. Haa, tu lah yang nufa rasa sekarang. Rasa macam diri ni bodoh pula sebab suka dekat orang yang just anggap kita sebagai kawan . Malu pun ada bila rasa macam ni. Kenapa Allah kurniakan perasaan macam ni dekat aku ?? Tolong laa, aku tak nak perasaan macam ni ada pada diri aku sebab aku tahu yang dia langsung tak ada apa-apa perasaan dengan aku . Yelaa,aku ni kan perempuan yang perasan je. 

Nufa start suka dia sejak pandang pertama. Tak pernah woo rasa macam ni . Tapi kenapa mesti dia ?? Hari-hari rasa nak tengok dia. Bila dia tak text mesti rasa sunyi dan fikir bukan-bukan pasal dia. Padahal dia just kawan je kenapa aku mesti risau kalau dia text orang lain ?? 

Awak, awak tahu tak yang saya suka awak ?? Saya tak minta untuk perasaan ni hadir dalam diri saya. Tapi Allah yang kurnia kan. Ye awak, saya suka awak. Hari-hari saya fikir pasal awak. Saya malu awak. Malu sangat-sangat sebab suka dekat awak sedangkan awak just anggap saya sebagai seorang kawan. Saya minta maaf ye awak . Sumpah, saya nangis bila fikir pasal awak. Sebab saya tahu, saya bertepuk sebelah tangan. Tapi awak jangan risau, insyaallah pelahan-lahan saya akan hapuskan perasaan ni. Ini janji saya dekat awak . Saya tak tahu kenapa saya begitu suka dengan sikap awak. Tolong laa awak, jangan terlalu caring pasal saya. Sebab awak seolah memberi saya harapan. Tapi saya tak salah kan awak pon. Semua ni salah saya. Saya yang terover sangat. Sekali lagi maafkan saya ye awak. Awak jangan risau. Saya tak mengharap awak suka saya balik. Cukup lah awak menjadi seorang sahabat yang ada dengan saya sebab awak seorang teman yang baik. Saya tahu , saya tak sepatutnya amik kesempatan atas kebaikkan awak. Tapi itu lah kelemahan seorang perempuan. Mudah ada perasaan sayang dekat someone yang selalu caring pasal dia. Andai awak ada baca blog saya ni, saya nak awak tahu, yang saya memang suka awak . Tapi saya tahu , awak tak mungkin suka dekat saya sebab saya sedar diri saya. Jauh berbeza berbanding awak . Pelahan-lahan saya akan lupakan perasaan ni awak. Kita tetap kawan kan ?? Saya harap sangat bila awak tahu semua ni, awak still nak berkawan dengan saya. Saya tulis dekat sini sebab saya malu nak cerita dekat awak. Saya malu nak cerita dekat kawan saya. Saya tak boleh pendam semua ni sorang-sorang. Dekat sini je tempat saya cerita semua ni. Ermm. Terima kasih sebab sudi menjadi seorang sahabat yang baik. Terima kasih sebab menjadi pendengar masalah saya. Saya hargai sangat awak. Kalau awak baca ni, awak mesti cakap saya poyo kan ?? Tapi tak kira laa. Yang penting saya dah luahkan. Sekali lagi, maafkan saya sebab menyukai awak. Ermmm :'( :'(



Sumpah nak nangis bila luahkan benda ni . Ermm. Sumpah aku malu dengan dia. Ya Allah, kenapa kau hadirkan perasaan sebegini terhadap dia sedangkan engkau tahu dia sedikit pon tidak menyukai aku. Cukup laa. Kau hapuskan lah perasaan ini sekiranya aku hanya bertepuk sebelah tangan .


Cukup lah untuk hari ni. Nufa cerita dekat sini sebab nufa tak tahu nk luahkan dekat siapa. Sakit sangat bila pendam sorang-sorang. Maafkan nufa ye awak sebab tak cerita dekat awak masalah yang ni. Sebab masalah nufa yang ni berkaitan dengan awak. Tak mungkin saya cerita dengan awak. Ermm :'( Berdoa lah supaya allah hapuskan perasaan ni dalam diri saya sebab saya tak nak bertepuk sebelah tangan. Kita tetap kawan kan ?? Saya nak sangat call awak then luahkan benda ni. Tapi saya sedar diri saya. Jujurnya, saya tahu saya tak layak untuk berdiri sebelah awak. Tapi cukup lah awak anggap saya sebagai seorang kawan. Bagi saya masa untuk hapuskan perasaan ni. Ermm :'(


Saya yakin, satu hari saya mampu menjadikan awak seorang kawan. Tu janji saya dekat awak. Cuma bagi saya sedikit saje masa. Kita kawan kan ?? :') :')

Muhammad Adib

Awak seorang teman yang baik. Saya janji, saya akan anggap awak sebagai kawan seperti mana awak anggap saya sebagai kawan juga. 

Maafkan saya ye awak sebab terlanjur suka dekat awak :'( :'(

Assalamualaikum & Good Night

Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER