Sayangku, Muhammad Adib .
Posted on: Monday 31 August 2015 | 0 dopest talk(s)


31 Ogos 2015



Assalamualaikum,


December 2013

Sayang, awak ingat tak apa ayat awak kat saya masa mula-mula dulu bila saya tanya awak kenal saya ke ? Awak cakap, " satu course takkan tak kenal " . Mulai saat tu, saya mencari siapa lelaki yang bernama Muhammad Adib . Awak ni macam halimunan tau sayang. Susah sangat nak jumpa. Mana aci awak kenal saya tapi saya tak pernah kenal awak . Tak aci kan ? Cara awak care pasal saya buat saya jatuh tersungkur dan sesat dalam hati . * cehhh ayat * Awak tahu tak sayang, saya pernah nak jauhkan diri dari awak since saya baca seorang awek ni post kat facebook awak time birthday awak. Saya fikir awak tipu saya. Saya fikir dia awek awak tau . Tapi bila saya dah tahu hal sebenar, baru saya lega sangat . Fuhhh . 

Dan saya pernah cuba untuk taknak contact awak lagi sebab saya dah mula sayang awak. Saya takut awak anggap saya hanya sebagai kawan . Tapi one day saya memberanikan diri dengan berterus terang dengan awak apa yang saya rasa. Kira macam perigi cari timba la ni . * ada lagi ke perigi kat sini * . hahaha . Saya punya malu hanya Allah je yang tahu . Saya sendiri pon tak tahu macam mana saya boleh ada keberanian untuk buat sesuatu yang saya tak pernah buat dalam hidup saya . 

Tapi Alhamdulillah, awak juga respond dengan baik. Debar debar je masa tu tau sayang . 


11 Januari 2014

Haaa tima tarikh ni lagi la dedau . Tarikh ni first date kita tau. Ingat tak ? Confirm tak ingat punya kan ? Hahaha It's ok. Normal la lelaki kan . Masa first date ni memang malu yang teramat . Mana tak nya, sebelum jumpa, nak bercakap dengan awak pon jarang sangat . Ke tak pernah ek ? * alamak lupa la pulak * haha . You make me happy satu hari kita keluar tu . 


# 3 bulan berikutnya, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik . Kalau gaduh pon, gaduh manja. Takde la teruk pon . Love you la Biy . Hahaha . Tapi tapi tapi kan, saat bulan April 2014, segalanya berubah . * sob sob sob *  T_T


22 April 2014

Kerana hanya satu kesalahan yang saya buat pada tarikh ni, sikap awak berubah 100% dengan saya . Saya cuba untuk memperbetulkan segalanya. Tapi awak seolah tak boleh terima. Ye memang awak maafkan saya tapi sikap awak dah tak macam dulu . Saya minta maaf awak untuk kesekian kalinya tentang kesilapan saya pada tarikh ni . Saya minta ampun sangat sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki . 

Dan mulai tarikh 22 April 2014 hingga keharini iaitu 31 Ogos 2015, antara saya dengan awak penuh dengan masalah salah faham yang takde kesudahanya . Sudah setahun lebih sayang. Kadang saya letih dengan semua yang jadi . Setiap kali saya nak mengalah, hati saya kuat mengatakan awak yang terbaik untuk saya cuma saya je bukan terbaik untuk awak . 

Hari demi hari, kita seolah jauh sangat sayang . Awak dengan saya makin hari makin kasar. Saya berdoa setiap hari agar semua salah faham antara kita sejak akhir-akhir ni akan berakhir . Saya rindu sangat sangat dekat awak . Rindu nak keluar gelak-gelak dengan awak . Rindu nak makan-makan dengan awak . Rindu nak dengar awak gelak sayang . Allah'hu, saya rindu awak sangat sayang . 

Saya tak tahu nak luahkan macam mana dengan awak semua yang saya rasa ni . Saya tak mampu nak luahkan dengan awak . Setiap kali saya nak luahkan, awak akan tuduh saya main emosi dan perasaan. Sedih sangat sangat sayang . Setiap hari saya hanya mampu tengok gambar awak senyum je . Saya rindu nak borak-borak dengan awak . Awak makin jauh dari saya . Saya tahu, kalau awak baca ni akan cakap saya nak kan perhatian . Tapi demi Allah, saya tulis semuanya dekat sini sebab saya nak awak tahu yang saya rindu sangat dekat awak. Saya nak Muhammad Adib saya yang dulu kembali . Adib yang penuh dengan kelembutan dalam percakapan, Adib yang sentiasa buat saya gelak suatu ketika dahulu . Adib yang sentiasa ada saat saya perlukan. Sayang, please come back . I really miss you . Awak yang sekarang ni seolah orang asing dalam hidup saya . 

Saya tahu saya banyak kekurangannya, tapi bukan bererti itu alasan awak untuk buat saya macam ni . Saya tak mampu nak luahkan dengan awak sebab saya tahu awak takkan terima. Saya masih ada disisi awak hingga saat ini sebab saya masih sayangkan awak . Tapi andai diri saya dah takde ruang dalam hati awak, awak jujur la dengan saya sayang . Saya terseksa bila awak dingin dengan saya . Saya nak awak yang dulu . Saya nak Adin yang saya kenal 1 tahun 9 bulan yang lepas. Andai awak dah benci diri saya, awak jujur la dengan saya supaya saya tak terus berharap dengan harapan yang kosong . Saya tak pernah main-main dengan awak . Sebab tu saya kenal kan awak dengan family saya . Kalau saya nak mian-main, buat apa saya kenalkan awak dengan family saya . Fikir la sayang. 

Demi Allah, saya dah letih sangat-sangat sayang dengan semua masalah yang jadi selama setahun kebelakangan ni . Saya harap awak bagi peluang untuk kita perbaiki semua ni . Saya tak boleh terima bila setiap kali awak lontarkan kata kata yang kasar dekat saya. Sakit sangat bila saya dengar . Siapa saya dalam hati awak pada saat ni ??


# saya harap, bila saya dah takde nanti, awak baca la semua ni. Saat saya menulis semua ni, saya sedang merindui awak. Rindu yang teramat. Rindu yang tak mampu nak diluahkan. Rindu yang terpaksa dipendam . Maafkan segala salah silap saya . I Love YOU .



                                                                                                                  Yang merinduimu,
                                                                                                                   Nur Fayyadhah







Disclaimer
Welcome to my online journal. Feel free to navigate around and do enjoy your stay here.Just call me Nadirah and Nad for short.A simple thirteen years old girl who hopes for the best and beat the rest.

OWNER